Peraduan JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-Some (1hb Mac 2021 to 15hb April 2021)

Terma dan Syarat

Terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) berikut diguna pakai untuk penyertaan JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-some ("PERADUAN") yang dianjurkan oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (Syarikat No. 198201012921 ("Penganjur").

PERADUAN ini akan berjalan mulai 1hb Mac 2021 jam 12:00PM (+8 GMT) dan berakhir pada 15hb April 2021 pukul 11:59PM (+8 GMT) ("Tempoh PERADUAN"). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh PERADUAN akan disingkirkan. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhinya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

  1. KELAYAKAN
    1. PERADUAN ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan PERADUAN ini) dengan Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia yang sah ("Peserta"). Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan PERADUAN ini, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai PERADUAN ini dan, atas permintaan Penganjur, pengesahan ini adalah perlu diserahkan.
    2. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar, dan wakil Penganjur daripada setiap syarikat induk, gabungan, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil, dan agensi pengiklanan masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tanpa mengira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau tidak), tidak layak untuk menyertai PERADUAN.
    3. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat PERADUAN ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur.
  2. MAKLUMAT PERADUAN
    1. PERADUAN ini akan berjalan mulai 1hb Mac 2021 jam 00:00 dan berakhir pada 15hb April 2021 jam 23:59 melalui WhatsApp. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh PERADUAN akan disingkirkan.
    2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini, walau bagaimanapun setiap penyertaan PERADUAN mesti disokong dengan bukti pembelian. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja. Penganjur tidak membenarkan penggunaan bukti pembelian yang sama untuk penyertaan seterusnya.
    3. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung, atau menamatkan PERADUAN mengikut budi bicara mutlaknya atau jika ia tidak menerima bilangan yang mencukupi untuk penyertaan yang layak atau jika PERADUAN tidak dapat diteruskan atas apa jua alasannya. Penamatan atau penggantungan itu tidak akan memberikan hak kepada Peserta untuk mengemukakan sebarang tuntutan.
  3. MEKANIK PERADUAN
    1. Sebelum memahami mekanik PERADUAN, Peserta dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap implikasi PERADUAN di mana Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang mungkin terjadi sepanjang Tempoh PERADUAN. Peserta akan menanggung segala risiko dengan menyertai PERADUAN ini dan adalah penting untuk Peserta sentiasa berhati-hati dengan keadaan yang tidak dijangkakan.
    2. Mekanik PERADUAN adalah seperti berikut (“Mekanik PERADUAN”):
      1. Langkah 1
        1. Beli produk-produk Jack ‘n Jill Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5.00 dan ke atas dalam resit tunggal. Tarikh pembelian mesti di antara 1hb Mac 2021 hingga 15hb April 2021. Resit pembelian mesti disimpan.
      2. Langkah 2
        1. WhatsApp <Nama>, <No. MyKad>, gambar resit, jawab soalan dan hantar ke +6011 5500 1878: Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?
        2. Taip <Nama> Jarak <No. MyKad> Jarak <Jawapan>
        3. Contoh: <Gambar Resit> Siti Binti Khalid XXXXXX-XX-XXXX Y
    3. Setelah semua langkah dilengkapkan dengan jawapan yang tepat untuk soalan berkaitan jumlah variasi pek promosi Cream-O PERCUMA 15%, berserta dengan bukti pembelian sah, barulah penyertaan ini dipertimbangkan sebagai penyertaan yang sah (“PENYERTAAN YANG SAH”).
    4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini, walau bagaimanapun setiap penyertaan PERADUAN mesti disokong dengan resit pembelian Jack ‘n Jill Cream-O dan/atau Magic sekurang-kurangnya RM5.00 dalam resit tunggal yang sah dan unik.
    5. Setiap pembelian Jack ‘n Jill Cream-O dan/atau Magic berjumlah RM5.00 dalam resit tunggal dikira sebagai satu penyertaan. Contoh:
      1. Pembelian JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic berjumlah RM5.00 dalam resit tunggal = 1 penyertaan
      2. Pembelian JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic berjumlah RM8.00 dalam resit tunggal = 1 penyertaan
      3. Pembelian JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic berjumlah RM10.00 dalam resit tunggal akan direkodkan sebagai 2 penyertaan di dalam senarai penyertaan oleh Penganjur.
      4. Pembelian JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic berjumlah RM15.00 dalam resit tunggal akan direkodkan sebagai 3 penyertaan di dalam senarai penyertaan oleh Penganjur.
    6. Penganjur berhak menentukan kelayakan setiap Peserta mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Hanya Peserta yang memenuhi setiap Mekanik PERADUAN yang dinyatakan dan mematuhi Terma dan Syarat akan layak untuk memenangi Hadiah. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau Peserta yang gagal mematuhi Mekanik PERADUAN dan Terma dan Syarat akan disingkirkan daripada PERADUAN secara automatik tanpa sebarang notis.
  4. DANA PROJEK O-SOME
    1. Dengan setiap PENYERTAAN YANG SAH, 10 mata akan disalurkan kepada dana projek komuniti Jack ‘n Jill Cream-O O-some (“DANA PROJEK O-SOME”).
    2. Setiap 10 mata adalah bersamaaan dengan nilai Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00). Kesemua mata yang disalurkan kepada DANA PROJEK O-SOME akan ditukar kepada wang tunai dengan had maksimum yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu (RM15,000) sebagai sumbangan kepada projek komuniti (“SUMBANGAN”) oleh Penganjur.
    3. SUMBANGAN yang disalurkan akan digunakan untuk tujuan projek komuniti (“PROJEK”). PROJEK ini akan dijalankan dari 16hb April 2021 hingga 30hb Jun 2021. Segala usaha PROJEK yang dijalankan akan dipaparkan di laman Facebook Jack ‘n Jill Cream-O pada 15hb Julai 2021.
    4. PROJEK akan diusulkan, dirancang serta dikendalikan oleh sekumpulan individu daripada pihak ketiga (“KUMPULAN PROJEK”) yang dilantik oleh Penganjur.
    5. Penganjur berhak menentukan pemilihan KUMPULAN PROJEK dan PROJEK mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Tiada surat-menyurat atau rayuan lanjut akan dilayan.
    6. SUMBANGAN tunai akan dipindahkan secara elektronik kepada KUMPULAN PROJEK setelah mendapat kelulusan menjalankan PROJEK dari pihak Penganjur. KUMPULAN PROJEK harus menggunakan keseluruhan SUMBANGAN untuk tujuan menjalankan PROJEK. Penggunaan SUMBANGAN yang disalurkan perlu disahkan melalui bukti yang telah didokumentasikan untuk setiap transaksi kewangan yang dijalankan.
  5. HADIAH-HADIAH PERADUAN
    1. Sejumlah Tiga Puluh Sembilan (39) pemenang akan dipilih pada akhir Tempoh PERADUAN. Pemenang akan menerima hadiah ("Hadiah") yang berikut:
      1. HADIAH PERTAMA X 1: RM1,200 Tunai
      2. HADIAH KEDUA X 2: RM800 Tunai
      3. HADIAH SAGU HATI X 36: RM200 Tunai
    2. Pemilihan adalah muktamad. Tiada surat-menyurat atau rayuan lanjut akan dilayan.
  6. PEMILIHAN PEMENANG-PEMENANG
    1. Sejumlah Tiga Puluh Sembilan (39) orang pemenang akan dipilih pada tempoh akhir PERADUAN menggunakan proses pemilihan berkomputer yang dilakukan secara rawak daripada PENYERTAAN YANG SAH yang diterima dari 1hb Mac 2021 (12:00AM) hingga 15hb April 2021 (11:59PM).
    2. Senarai para pemenang akan diumumkan di laman Facebook JACK ‘n JILL Cream-O pada 30hb April 2021. Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh pengumuman senarai para pememang.
    3. Penganjur akan memilih para pemenang dengan memastikan setiap PENYERTAAN YANG SAH telah mematuhi Mekanik PERADUAN Terma dan Syarat PERADUAN sepenuhnya. Keputusan Penganjur berkenaan senarai pemenang adalah muktamad. Tiada surat-menyurat atau rayuan lanjut akan dilayan.
  7. PENGHANTARAN HADIAH-HADIAH
    1. Para pemenang akan dihubungi oleh agensi yang dilantik oleh Penganjur dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja untuk proses menguruskan pembahagian hadiah setelah pengumuman pemenang-pemenang.
    2. Sekiranya para pemenang gagal dihubungi dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja setelah pemberitahuan atau pengumuman atau jika dihubungi tetapi Peserta memilih untuk tidak menerima hadiah, pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan kelayakan Peserta dan melucutkan hak penerimaan hadiah, atau Penganjur berhak untuk memilih Peserta berkelayakan berikutnya.
    3. Para pemenang mesti melengkapkan semua butiran yang diperlukan oleh Penganjur, dengan mengemukakan bukti pembelian asal dan MyKad yang sah, dan jika para pemenang gagal menyediakan butiran tersebut, Penganjur berhak untuk melucutkan hak menerima hadiah atau memberikan hadiah tersebut kepada Peserta yang lain.
    4. Hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk "sebagaimana adanya" dan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dan diterima oleh Peserta tanpa jaminan atau jaminan apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat. Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad, dan tiada surat-menyurat, rayuan, atau persoalan, akan dilayan. Sekiranya diminta oleh pihak Penganjur, Peserta mestilah bersedia untuk memberikan persetujuan untuk melepaskan penanggungan dan perlindungan daripada kerugian di dalam borang yang disediakan oleh pihak Penganjur.
    5. Hadiah-hadiah tunai akan dipindahkan secara elektronik kepada para pemenang.
    6. Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan dan / atau menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilai seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen-ejen atau pihak penaja.
    7. Hak Pemenang akan dilucutkan sekiranya mereka gagal untuk menuntut atau menebus Hadiah seperti yang dinyatakan oleh Penganjur pada waktu yang ditentukan.
  8. PENYINGKIRAN
    1. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan sama ada penyertaan Peserta adalah sah atau tidak. Jika Peserta didapati telah melanggar Terma dan Syarat PERADUAN, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta dan kelayakan mereka, dan Peserta lain yang berikutnya akan dipilih.
    2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan dan menyingkirkan penyertaan, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu, di atas kegagalan Peserta untuk mengikuti dan / atau mematuhi sebarang peruntukan yang terdapat dalam Terma dan Syarat PERADUAN.
  9. HAK PENGANJUR
    1. Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara tunggal untuk menyingkirkan, tidak mempertimbangkan atau menolak mana-mana penyertaan yang disifatkan olehnya sebagai tidak wajar atau menyinggung dalam apa sahaja keadaan.
    2. Dengan menyertai PERADUAN ini, Peserta bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dan/atau gambar para pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti yang disifatkan wajar oleh Penganjur. Pihak Penganjur selanjutnya berhak untuk menggunakan maklumat peribadi Peserta dalam dan / atau apa jua tujuan yang disifatkan wajar oleh Penganjur serta Peserta dianggap memberi kebenaran untuk tujuan tersebut apabila menyertai PERADUAN ini tanpa mengemukakan sebarang tuntutan kewangan atau apa sahaja.
    3. Penganjur atau ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa (i) kehilangan, kelewatan, atau penyertaan tidak lengkap, yang membatalkan penyertaan; atau (ii) untuk sebarang kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kepincangan sebarang sambungan, perkakasan atau perisian elektronik; atau (iii) sebarang kesilapan, manusia, teknikal atau yang demikian.
    4. Tertakluk pada Terma dan Syaratj di dalam PERADUAN ini, setiap penyertaan dengan bukti pembelian adalah layak untuk dipilih sebagai pemenang dan mungkin akan digunakan tidak terhad sebagai tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan seluruh dunia dalam apa jua keadaan yang disifatkan wajar sebagai hak mutlak Penganjur.
    5. Peserta yang mengambil bahagian dalam PERADUAN menanggung sepenuhnya segala risiko sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk apa-apa kehilangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PERADUAN dan/atau penebusan hadiah(-hadiah). Peserta menanggung sepenuhnya sebarang cukai, yuran, levi atau caj yang perlu dibayar, jika ada, berkaitan dengan apa jua hadiah(-hadiah) yang diberikan kepada mereka. Peserta mestilah menanggung sepenuhnya liabiliti berkaitan dengan sebarang kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PERADUAN dan / atau penebusan hadiah(-hadiah).
    6. Terma dan Syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak selaras dalam mana-mana promosi atau bahan pengiklanan lain berkaitan dengan PERADUAN ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi bahasa yang lain, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai pada setiap masa.
    7. PERADUAN ini tidak mempunyai kaitan, ditaja, disokong atau dianjurkan oleh Facebook. Penganjur tunggal PERADUAN dan penerima semua maklumat yang diberikan oleh Peserta berkaitan dengan PERADUAN ini adalah pihak Penganjur. Facebook tidak akan bertanggungjawab menanggung rugi terhadap semua liabiliti berkaitan dengan PERADUAN ini.
  10. POLISI PERIBADI
    1. Maklumat Am
      1. Pihak Penganjur menghormati hak peribadi setiap individu yang melayari platform digital milik Penganjur atau maklum balas yang diberikan melalui pengiklanan interaktif Penganjur. Kenyataan Privasi ini menggariskan bahawa Penganjur akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang diperolehi. Kenyataan ini juga akan memberikan arahan kepada Peserta tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan atau digunakan semasa mereka melayari laman web milik Penganjur atau semasa Peserta memberikan maklum balas kepada iklan diterbitkan oleh Penganjur.
    2. Maklumat Peribadi
      1. Pihak Penganjur tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat peribadi Peserta (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel Peserta) melainkan diserahkan secara sukarela oleh Peserta kepada Penganjur.
      2. Sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan, mereka tidak perlu menyerahkan maklumat tersebut kepada Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.
      3. Setelah Peserta menyerahkan maklumat peribadi kepada Penganjur, Pihak Penganjur mungkin akan menggunakan maklumat tersebut seperti yang berikut; kecuali dinyatakan sebaliknya: Penganjur akan menyimpan dan memproses maklumat peribadi tersebut untuk lebih memahami kehendak Peserta dan bagaimana Penganjur boleh memperbaiki mutu produk dan servis mereka; Pihak Penganjur akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi Peserta; dan Penganjur mungkin akan berkongsi maklumat tersebut kepada pihak ketiga.
    3. Maklumat Kanak-kanak
      1. Pihak Penganjur tidak berhasrat untuk mengumpulkan sebarang maklumat peribadi (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel) daripada individu berumur di bawah enam belas (16) tahun. Mengikut kesesuaian, Penganjur akan memberikan arahan khusus kepada kanak-kanak untuk menyerahkan maklumat tersebut di laman web atau iklan milik Pihak Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan kanak-kanak tersebut ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh menghubungi Pihak Penganjur melalui alamat emel atau nombor telefon yang tertera di bawah Kenyataan ini. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat kanak-kanak tersebut daripada fail yang sedia ada.
    4. Maklumat Bukan Peribadi Dikumpulkan Secara Automatik
      1. Dalam kes-kes tertentu, Penganjur mungkin akan mengumpulkan maklumat bukan peribadi Peserta. Contoh-contoh maklumat tersebut termasuk jenis pelayar internet, sistem pengendalian komputer, dan domain digunakan oleh Peserta yang dihubungkan dari laman web dan iklan milik Penganjur.
      2. Maklumat Tersimpan Secara Automatik dalam Pemacu Keras Komputer Anda.
      3. Sekiranya Peserta melayari dan melihat salah satu daripada laman web atau iklan milik Penganjur, Penganjur mungkin menyimpan sesetengah maklumat dalam komputer anda. Maklumat ini dikenali sebagai “Cookie” atau fail sama yang akan membantu Penganjur dalam banyak cara. Sebagai contoh, Cookies membenarkan Penganjur untuk menyesuaikan minat dan pilihan Peserta melalui laman web atau iklan milik Penganjur. Kebanyakan pelayar internet, membolehkan Peserta memadamkan Cookie daripada cakera keras atau komputer mereka, menyekat semua Cookie, atau menerima amaran sebelum Cookie disimpan. Peserta perlu merujuk kepada arahan pelayar atau layar bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi ini.
    5. Maklumat Tambahan
      1. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
    6. Hubungi Kami
      1. Sekiranya Peserta telah menyerahkan maklumat peribadi melalui laman web dan iklan interaktif milik Penganjur, dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.

HAK CIPTA © 2021 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd - JACK 'n JILL Cream-O/Magic. HAK CIPTA TERPELIHARA. TERMA DAN SYARAT POLISI PRIVASI.